Sunday, 10 August 2014

..BERJALAN RAYA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin,.Mesti semua masih dalam mood raya kan,.Alhamdulillah kali ni raya disambut dengan bersederhana,.Walaupun hanya sederhana tapi masih meriah^^ Tambahan pula kali ni dapat berkumpul penuh dgn sedara-mara,.Seronok sgt dpt berkumpul,.Aktiviti raya kali ni pulak penuh,setiap hari ada je perkara yg nk dibuat,.Setiap tahun memang wajib berjalan raya dgn kawan2 sekolah,.Walaupun ni baru tahun ketiga saya ikut berjalan raya,tapi rasa mcm dah terbiasa pulak,.Lagi istimewa bila tahun ni sedara saya ikut berjalan sekali,katenye nak merasa berjalan dgn kawan2 saya,.Jadi lagi seronok la tahun ni,hehe,.Selalunya saya yg ikut dia berjalan dgn kawan2,kali ni tukar pulak,.Sekurang-kurangnya boleh tambah kenalan,.Jika panjang umur,harap2 tahun depan pun akan meriah dan seronok mcm ni :D

XOXO

Friday, 25 July 2014

..BISKUT RAYA LILI :D..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.
Dalam bulan ramadhan kali ni terasa nak cuba buat cookies la pulak,.haa gigih la saya google resepi,.kononnya raya kali ni nak makan biskut ala-ala famous amos gitu,hehe,.kat bawah ni resepinya ye :)


Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.


Haa selamat mencuba ye
XOXO




tadaaaa,hee xberapa nak lawa cookies ni

Tuesday, 8 July 2014

..TAMAT SUDAH TAHUN KEDUA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.
Pejam celik pejam celik sekejap je dah tamat tahun kedua saya di UM,. Macam x rasa je masa tu berlalu,. Banyak benda baru yg saya belajar di tahun kedua ni terutamanya di fakulti sebab saya baru pilih majoring untuk sem 4,. Bila dah berpisah dengan kawan mengikut majoring ni,bilangan dalam kelas pun makin sikit la,. Mula2 tu macam x biasa sebab dah selesa dengan kelas yg padat,tapi lama2 tu rasa ukhuwah antara kawan dalam kelas tu semakin rapat sebab bilangan yg sikit lagi senang kita nak berinteraksi antara satu sama lain,. Tapi masih lagi rapat juga la dengan kawan2 yg majoring lain,. Kalau ada masa terluang tu mesti akan gather sama2,.
Dalam tahun kedua ni,benda yg sy nak cerita adalah mengenai group assignment atau project,. Sudah semestinya kita xboleh berat sebelah dan banyak mengharapkan kawan untuk menyiapkan kerja tu,kita pun kena juga buat sama2 sebabnya apa yg kita buat sekarang ni akan kita apply untuk akan datang terutamanya bila dah kerja,. Kalau kita x buat, nanti bila dah kerja baru la terhegeh-hegeh nak belajar dan mintak tolong kawan,. Kadang tu,benda kecil pun sebenarnya sangat berguna untuk kita pada masa akan datang,. Haa,harap2 kita ringan2kan la tulang dan rajin2kan la otak untuk membuat kerja,.

Salam Ramadhan^^
XOXO

Rakan seperjuangan :D

Tuesday, 20 May 2014

..PESTA PANTUN BESTARI 2014..

Assalamualaikum dan selamat petang,.
Hari ni nk throwback sikit pasal Pesta Pantun Bestari yg berlangsung pada 8 hingga 11 April yg lepas,. Sebenarnye projek PPB ni mmg xde langsung dalam perancangan saya,. Mmg x terfikir pun nak join,. Tapi disebabkan pada satu hari tu kawan saya yg merupakan setiausaha PPB call saya dan minta saya untuk menjadi penolong pengarah bagi unit hadiah, maka saya pun pada waktu itu yg berada dalam keadaan mamai menerima tawaran tersebut,emm emm,. Pada mulanya mmg agak sukar untuk saya memegang jawatan tersebut sbb saya langsung xde pengalaman dalam projek PPB ni,. Jadi, saya tak tahu apa2 dan agak terkapak-kapai,. Beruntungnya saya sbb ada senior lepas yg membantu saya untuk membuat gerak kerja,. Seperti biasa, mne ada kerja yg senang, terpaksa la bertungkus lumus nk buat itu ini,. Seminggu sebelum event mmg dah rasa berdebar,. Disebabkan xde pengalaman, x sabar jugak la nk rasa mcm mne event tu berjalan,. Alhamdulillah, opening dan closing untuk PPB14 berjalan dengan lancar dan meriah,. Mmg semua tu satu pengalaman yg berharga,. Tambahan pula, semua peserta sgt peramah dan pandai berpantun,. Sebenarnye saya ni agak suka pada pantun,. Jadi, setiap kali mendengar peserta berpantun mmg akan rasa kagum sgt,. Kagum dengan kebolehan peserta mencipta pantun,. Sebenarnye sekarang ni agak rindu la jgak nk dgr diorang berpantun,. Rasa x sabar pulak nk jumpa dgn diorang pada sesi akan dtg,. Harap2 tahun depan PPB akan lebih gempak,. yyeeaahhhhhhhh!!






Tuesday, 15 April 2014

..PENGALAMAN BERHARGA..

Assalamualaikum dan selamat malam

Alhamdulillah kali ni dah masuk tahun yang kedua saya join group boria Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya. Masih lagi setia dan tiada rasa gundah gulana walau sedikit pun. Walaupun pada mulanya agak susah nak bangunkan kumpulan boria untuk tahun ini sbb masalah kekurangan ahli, tapi saya dengan ahli yg lain masih lagi kuat untuk meneruskan perjuangan kami,. Tambah2 pula ahli lelaki hanya ada beberapa kerat je, lagi la rasa kurang bersemangat sbb x dapat nak buat step partner,. Kiranya nak tubuhkan kumpulan boria tahun ni agak sakit la,.Tapi hari demi hari ada je berita baik,.Ahli kumpulan pun semakin bertambah,.Semangat pun makin bertambah walaupun ahli kumpulan masing2 sibuk sbb kebanyakannye memegang jawatan pengarah, tapi kami tetap gigih,.Tahun ni mmg kami xde buat apa2 target langsung,.mmg x mengharap pun nak dapat gelaran juara,.kami cuma nak buat yg terbaik dan cukuplah hati kami puas dengan apa yg kami persembahkan nanti,.apa yg kami buat cuma ikut semua kriteria yg juri inginkan,.

Hari semakin hari, tarikh pertandingan semakin dekat tapi kami masih lagi boleh practice dgn relax-nye tanpa stress,.agak pelik sebenarnye sbb tahun lepas kemain la push training bila dah saat2 akhir mcm tu,.Tapi dalam hati tu ada satu perasaan yakin yg kami xkan hampakan kolej,.tambah2 pulak tahun ni cuma ada 5 kumpulan je,mmg sah2 la semua kumpulan dpt placing,.Tahun lepas dah agak kecewa sbb dpt no 3 je,tapi tahun ni relax je,.kalau boleh xnak target apa2 sbb xnak lagi kecewa mcm tahun lepas,.Alhamdulillah, tahun ni dgn tak disangkanya kami dinobatkan sebagai juara,.harapan semua pihak termakbul,.Kami berjaya bawak nama kolej ke pentas DTC di malam juara2 sebagai juara,.segala pengorbanan, penat lelah dah terbayar bila dpt pegang piala juara boria malam tu,.Hanya senyuman je yg terukir di bibir untuk hari2 yg seterusnye,.rasa seronok tu x dpt nk sorok,.tambah2 pulak kawan2 semua ucap tahniah, lagi berbunga-bunga je hati ni,.xde ape lg yg lebih menyeronokkan mse tu melainkan kepuasan di atas usaha selama ni,.

Yang penting sebenarnye usaha kita dan kekuatan kita untuk teruskan apa yg kita dah buat tu sampai habis,.Pengalaman berharga ni akan kita simpan dan bawa untuk akan dtg agar dpt memberi semangat untuk org lain pada masa akan dtg ^^
XOXO











Partner boria ^^

Wednesday, 26 March 2014

..Senyuman Dan "Hai"..

Assalamualaikum dan selamat tengahari


Senyuman dan "Hai" sesuatu yang menarik untuk diperkatakan hari ini,.hanya seukir senyuman dan sepatah "Hai" mampu mengubah hidup kita untuk satu hari,.betapa hebatnya kuasa senyuman dan "Hai",.seukir senyuman dari kita kepada semua dan dari semua kepada kita mampu mengubah mood kita untuk satu hari,.sepatah "Hai" dari kita kepada semua dan dari semua kepada kita mampu menceriakan hari tersebut,.tiada ruginya jika kita menyedekahkan senyuman dan "Hai" untuk satu hari,.mari sama2 kita sebarkan kuasa ini dah menceriakan hidup mereka :D


SEIZE THE DAY^^
XOXO

Thursday, 27 February 2014

..KELAS ANGKLUNG..

Assalam dan selamat petang,salam makan cekodok dgn pisang goreng,.

Ni ha nak cerita pengalaman pergi kelas angklung,.semalam second day kelas angklung,.sangatlah seronok sebab second day kelas dah dapat pegang angklung tu sendiri,.tapi sorang dapat pegang satu je la dan main peranan untuk main satu jenis bunyi je,.macam biasa la kalau first time dapat pegang benda2 macam tu,memang tangan ni nak goncang je angklung tu,.seronok dengar bunyi dia,hehe,.lecturer kate,kalau nak goncang jangan goncang dengan badan skali,buruk beno,haha,.goncang tangan je,ala ala parkinson gitu,.

So semalam cuba try test power kitorang satu kelas main lagu labu-labi,.mula2 tu x boleh detect lagu ape,abes terabur ade yang x sabor nak goncang,haha,.lepas 2 3 kali main tu dah mula sedap dah,.rase bangga kejap sebab dapat main lagu,harharhar,.lepas tu test power lagi main lagu tinggal kenangan pulak,.haa lentok habes,.kira lecturer kitorang ni layan lagu sentimental la,tu yang best tu,.kelas 3 jam pun macam x terasa lama sebab memang syok belajar angklung,.angklung ni berasal dari Indonesia ye,jangan pulak kate angklung ni datang dari Malaysia,haa kang ade yang kena marah nanti,.kejap kejap~~~





share gamba pegang angklung kejap,aherher,.gamba ni nampak sikit je,x kasi nampak semua,tunggu minggu ke 12 nanti baru la boleh share gamba penuh,.masa tu akan buat persembahan,haa tunggu ye,.

Sampai di sini sahajalah perkongsian untuk hari ini,.lain kali kite kongsi cerita lain pulak ye,.

SEIZE THE DAY
Assalamualaikum
XOXO^^