Assalamualaikum
Selamat sejahtera
Salam September
Alhamdulillah bersyukur kerana masih dikurniakan rahmat Allah untuk saya terus hidup pada hari ini,. Kita perlu bersyukur kerana tidak semua orang diberi kesempatan untuk meneruskan hidup seperti kita pada hari ini,.
Di sini,pada hari ini,saya ingin berkongsi kegembiraan saya bersama semua kerana saya telah ditauliahkan sebagai Real Sahabat Seru,. Tahniah juga kepada semua sahabat-sahabat saya yang turut ditauliahkan bersama saya,. Masing-masing mengukir senyuman di bibir setelah dengan bangganya dapat memegang sijil pentauliahan itu,.
Apa yang paling menggembirakan saya adalah saya telah mendapat anugerah "The most outstanding coachee" bagi kumpulan saya iaitu Real Buddies,. Terima kasih kepada Abg Mirul dan juga Kak Elin serta coaches saya yang telah banyak membantu saya untuk 'upgrade myself ',. Tidak lupa juga kepada sahabat coachee saya yang sentiasa berada bersama sejak dari mula hingga ke hari ini,. Tanpa mereka semua,saya tidak akan mendapat semua ini,.
Akhir kata,hargailah setiap detik yang kita ada dan setiap insan yang berada di sisi kita^^
SEIZE THE DAY


