Saturday, 24 August 2013

..Typical Thinking..

Assalamualaikum,.
Salam sejahtera,.
Salam satu Malaysia,.

Saya memilih tajuk ini kerana sekarang ni tengah musim kemasukan pelajar-pelajar baru untuk pengambilan ijazah ke universiti-universiti seluruh Malaysia dan juga luar negara,.
Lumrah manusia ingin memilih dan berada di tempat yang lebih baik dan 'high class',. Ada juga orang yang memandang rendah serta memburuk-burukkan universiti yang tidak berada dalam ranking top 5  universiti-universiti seluruh Malaysia,. Hakikatnya bukan universiti itu yang menentukan kita sama ada kita ini seorang yang bijak pandai ataupun berjaya malah diri kita sendiri yang menentukannya,. Ada juga yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang terpilih masuk ke universiti yang tiada dalam ranking top 5 itu umpama kena campak atau mendapat jurusan lelong,. Adakah kita bertanya sendiri kepada pelajar itu ? Betulkah dia kena campak atau itu memang pilihan dia ? Bukan semua pelajar tidak bernasib baik,. Kita perlulah berfikiran terbuka,. Bukan universiti yang menentukan masa depan kita, tetapi diri kita sendiri, malah esok lusa pun kita tidak tahu sama ada kita masih hidup atau tidak,. Allah sudah menetapkan segalanya,. Jadi kita tidak boleh bercakap bahawa pelajar yang masuk ke universiti sekian dan sekian akan menjadi penganggur atau susah mendapat kerja,. Oleh itu,kita haruslah berfikir sebelum melontarkan sesuatu,.

Saya hanya menyuarakan pendapat,. Salah silap serta terkasar bahasa harap diampunkan,.

MAJULAH KITA SEBAGAI BAKAL PEMIMPIN NEGARA
XOXO

Sunday, 18 August 2013

..Selamat Hari Raya..

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya secara sedar ataupun tidak,sesungguhnya manusia itu tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan,saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan,. Jadi di bulan syawal ini saya berharap agar kita sama2 saling maaf memaafi,.

SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIL WALFAIZIN^^

Wednesday, 14 August 2013

..Perkongsian 7..

Daripada Jabir ra. bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membawa kebinasaan kepada orang2 sebelum kamu, mereka sanggup melakukan pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram" - riwayat Muslim

Wednesday, 7 August 2013

..Perkongsian 6..

Firman Allah Taala "Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" (Allail:8-11)