Assalamualaikum,.
Salam sejahtera,.
Salam satu Malaysia,.
Saya memilih tajuk ini kerana sekarang ni tengah musim kemasukan pelajar-pelajar baru untuk pengambilan ijazah ke universiti-universiti seluruh Malaysia dan juga luar negara,.
Lumrah manusia ingin memilih dan berada di tempat yang lebih baik dan 'high class',. Ada juga orang yang memandang rendah serta memburuk-burukkan universiti yang tidak berada dalam ranking top 5 universiti-universiti seluruh Malaysia,. Hakikatnya bukan universiti itu yang menentukan kita sama ada kita ini seorang yang bijak pandai ataupun berjaya malah diri kita sendiri yang menentukannya,. Ada juga yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang terpilih masuk ke universiti yang tiada dalam ranking top 5 itu umpama kena campak atau mendapat jurusan lelong,. Adakah kita bertanya sendiri kepada pelajar itu ? Betulkah dia kena campak atau itu memang pilihan dia ? Bukan semua pelajar tidak bernasib baik,. Kita perlulah berfikiran terbuka,. Bukan universiti yang menentukan masa depan kita, tetapi diri kita sendiri, malah esok lusa pun kita tidak tahu sama ada kita masih hidup atau tidak,. Allah sudah menetapkan segalanya,. Jadi kita tidak boleh bercakap bahawa pelajar yang masuk ke universiti sekian dan sekian akan menjadi penganggur atau susah mendapat kerja,. Oleh itu,kita haruslah berfikir sebelum melontarkan sesuatu,.
Saya hanya menyuarakan pendapat,. Salah silap serta terkasar bahasa harap diampunkan,.
MAJULAH KITA SEBAGAI BAKAL PEMIMPIN NEGARA
XOXO


Assalammualaikum Lili
ReplyDeleteKami setuju dengan pendapat Lili, uni/fakulti mana bukan penentunya. Yang penting insan macamana kita akan jadi selepas keluar dari uni/fakulti tu.
Ultimate Goal: Syurga.
Teruskan berkongsi,
abg mirul dan kak elin