Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.
Kegembiraan ibu bapaku adalah kegembiraan ku juga,.
Pada minggu lepas,saya bersama adik beradik menghantar kedua ibu bapa kami ke lapangan terbang untuk ke Mekah menunaikan ibadah umrah buat kali pertamanya,. Akhirnya impian kedua ibu bapa kami selama ini untuk ke Mekah menunaikan umrah telah tercapai,. Terpampang keterujaan dan kegembiraan mereka di wajah,. Tiada benda lain lagi yang menggembirakan saya selain melihat ibu bapa saya gembira,. Walaupun agak sedih untuk berpisah sejauh itu tetapi ku tabahkan jua hati ini kerana melihat mereka terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah juga adalah impianku,.
Tidak sabar rasanya untuk menyambut kepulangan mereka,. Pasti ada banyak cerita yang ingin mereka sampaikan^^


No comments:
Post a Comment