Menyambut kepulangan ibu bapaku ?
Kepulangan ?
Pulang dari mana ?
haha,ni sebenarnye sambungan dari entry yang lepas, entry kegembiraan ibu bapaku,. Pada hari rabu yang lepas, saya bersama adik beradik dan makcik pergi ke lapangan terbang KLIA untuk menyambut ibu bapa kami pulang dari tanah suci Mekah,. Waktu tu memang sangat teruja sebab dah berenggang selama hampir 2 minggu dengan ibu bapa saya, tak sabar sangat nak jumpa mereka,. Saya pun punya la tunggu dan tunggu dengan persaan teruja ni, tapi rupa2nya ibu bapa saya tak lalu dekat tempat yang saya tunggu tu, mereka menggunakan laluan yang lagi satu,. Tapi nasib baik mood saya tengah teruja waktu tu, kalau tak mesti dah rase down je,. Kesian betul,. Bila nampak je mak dan abah dah sampai, saya terus capai tangan mereka untuk bersalam^^,. Rindu sangat,. Alhamdulillah abah berada dalam keadaan sihat tapi mak pulak yang sakit tekak, suara rock gitu,. Katanye cuaca sangat panas kat sana,. Selepas dah chill sekejap dekat situ, kami pun menghantar mereka untuk menaiki bas rombongan balik ke rumah,. Alahai, dapat jumpa sekejap je,. Tak sempat nak bercerita panjang2 pun,. Tapi tak pe, lepas habis exam nanti saya nak terus balik rumah,hehehe,. Nak duduk kat rumah dengan mak abah puas2^^
Untuk peperiksaan yang bakal berlangsung minggu depan ni, saya nak ucapkan semoga berjaya, jangan tidur lambat dan jangan lupa baca bismillah sebelum masuk dewan peperiksaan^^


No comments:
Post a Comment