Friday, 4 October 2013

..Perkongsian 8..

Dan daripada Abu Hurairah ra juga katanya, Rasulullah saw bersabda "makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang." (AlBukhori dan Muslim)

Sunday, 15 September 2013

..Hari Bersejarah Buatku..

Assalamualaikum
Selamat sejahtera
Salam September


Alhamdulillah bersyukur kerana masih dikurniakan rahmat Allah untuk saya terus hidup pada hari ini,. Kita perlu bersyukur kerana tidak semua orang diberi kesempatan untuk meneruskan hidup seperti kita pada hari ini,.


Di sini,pada hari ini,saya ingin berkongsi kegembiraan saya bersama semua kerana saya telah ditauliahkan sebagai Real Sahabat Seru,. Tahniah juga kepada semua sahabat-sahabat saya yang turut ditauliahkan bersama saya,. Masing-masing mengukir senyuman di bibir setelah dengan bangganya dapat memegang sijil pentauliahan itu,.

Apa yang paling menggembirakan saya adalah saya telah mendapat anugerah "The most outstanding coachee" bagi kumpulan saya iaitu Real Buddies,. Terima kasih kepada Abg Mirul dan juga Kak Elin serta coaches saya yang telah banyak membantu saya untuk 'upgrade myself ',. Tidak lupa juga kepada sahabat coachee saya yang sentiasa berada bersama sejak dari mula hingga ke hari ini,. Tanpa mereka semua,saya tidak akan mendapat semua ini,.

Akhir kata,hargailah setiap detik yang kita ada dan setiap insan yang berada di sisi kita^^


SEIZE THE DAY



Saturday, 24 August 2013

..Typical Thinking..

Assalamualaikum,.
Salam sejahtera,.
Salam satu Malaysia,.

Saya memilih tajuk ini kerana sekarang ni tengah musim kemasukan pelajar-pelajar baru untuk pengambilan ijazah ke universiti-universiti seluruh Malaysia dan juga luar negara,.
Lumrah manusia ingin memilih dan berada di tempat yang lebih baik dan 'high class',. Ada juga orang yang memandang rendah serta memburuk-burukkan universiti yang tidak berada dalam ranking top 5  universiti-universiti seluruh Malaysia,. Hakikatnya bukan universiti itu yang menentukan kita sama ada kita ini seorang yang bijak pandai ataupun berjaya malah diri kita sendiri yang menentukannya,. Ada juga yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang terpilih masuk ke universiti yang tiada dalam ranking top 5 itu umpama kena campak atau mendapat jurusan lelong,. Adakah kita bertanya sendiri kepada pelajar itu ? Betulkah dia kena campak atau itu memang pilihan dia ? Bukan semua pelajar tidak bernasib baik,. Kita perlulah berfikiran terbuka,. Bukan universiti yang menentukan masa depan kita, tetapi diri kita sendiri, malah esok lusa pun kita tidak tahu sama ada kita masih hidup atau tidak,. Allah sudah menetapkan segalanya,. Jadi kita tidak boleh bercakap bahawa pelajar yang masuk ke universiti sekian dan sekian akan menjadi penganggur atau susah mendapat kerja,. Oleh itu,kita haruslah berfikir sebelum melontarkan sesuatu,.

Saya hanya menyuarakan pendapat,. Salah silap serta terkasar bahasa harap diampunkan,.

MAJULAH KITA SEBAGAI BAKAL PEMIMPIN NEGARA
XOXO

Sunday, 18 August 2013

..Selamat Hari Raya..

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya secara sedar ataupun tidak,sesungguhnya manusia itu tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan,saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan,. Jadi di bulan syawal ini saya berharap agar kita sama2 saling maaf memaafi,.

SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIL WALFAIZIN^^

Wednesday, 14 August 2013

..Perkongsian 7..

Daripada Jabir ra. bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membawa kebinasaan kepada orang2 sebelum kamu, mereka sanggup melakukan pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram" - riwayat Muslim

Wednesday, 7 August 2013

..Perkongsian 6..

Firman Allah Taala "Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" (Allail:8-11)

Wednesday, 31 July 2013

..Resepi Pavlova..

1: panaskan oven 15 minit sebelum buat semua benda (150°C). Jgn lupa keluarkan dulang dari oven.
2: lapik dulang dgn baking paper yg warna brown tu,putih pun boleh. Jgn masukkan pavlova dalam acuan sbb nanti akan melekat. Sapu majerin atas baking paper tadi.
3: masukkan putih telur 4 biji, pukul putih telur sampai jadi texture, masukkan gula aising 1/2 cawan, kalau nak lagi manis letak 1 cawan, bila masukkan gula ia akan jadi berkilat, masukkan cuka 1 sudu, tepung jagung 1 sudu dan akhir sekali esen vanila 2 3 titik.
Pukul sampai jadi meringue,bertanduk, kalau cedok dgn sudu akan jadi bertanduk, kalau terbalikkan mangkuk tak akan jatuh adunan tu.
Lepas tu letak adunan atas dulang, buatlah bentuk apa2 pun.
Kemudian masukkan dalam oven, turunkan suhu ke 130°C, bakar selama 1 jam, kalau nak crunch lagi bakarlah sampai 2 jam.
Lepas 1 jam,tengok texture dah brown, jgn terus keluarkan dari oven, biarkan pavlova sejuk dalam oven dulu, kemudian hias.
SELAMAT MENCUBA^^
XOXO

Saturday, 20 July 2013

..Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w. ..

..MASJID DAN PASAR..

   Sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, keadaan ekonomi dan kewangan di kota itu dikuasai oleh orang2 Yahudi. Mereka mendapat kesempatan yg luas dan pengaruhnya sgt mencengkam penduduk asli Madinah yg kebanyakan menjadi buruh kpd perusahaan golongan Yahudi.

   Kedatangan Nabi s.a.w. dan para sahabat dr Mekah yg dikenali sebagai Muhajirin, ramai darinya terdiri dr mereka yg mempunyai keahlian dlm berniaga. Sewaktu golongan Muhajirin sampai di Madinah mereka dpt merasakan cengkaman pengaruh Yahudi dlm ekonomi dan kewangan. Pasar2 di Madinah dikuasai mereka dan juga sumber2 ekonomi lainnya.

   Nabi s.a.w. memahami keadaan itu dan kerananya kaum Muslimin mendirikan pasar sendiri. Beberapa tokoh dan ahli perniagaan Islam memainkan peranan memajukan dan menandingi pasar Yahudi. Mereka itu seperti Utsman bin Affan, Abdur Rahman bin Auf dan lain2 tampil mengaturkan perdagangan dan ekonomi Islam.

   Nabi sering memerhatikan suasana di pasar, dan di masjid baginda mengajar cara dan peraturan Islam berdagang sesuai dgn petunjuk dr Allah. Peniaga2 Islam kemudiannya mempraktiskan di dlm pasar dan masyarakat.

   Suatu hari baginda berjalan-jalan di pasar dan telah melihat setumpuk makanan yg akan dijual, tetapi terdapat ada yg kurang baik di dlmnya. Nabi pun menjamah makanan itu dgn tgnnya dan mmg ternyata ada penipuan.

" Kenapa begini, wahai yg empunya makanan?"
tanya Nabi s.a.w.
" Ya, Rasulullah, makanan ini basah terkena air."
jawab pedagang itu.
" Kenapa yg basah tidak engkau letakkan di atas agar dpt dilihat oleh pembeli?"
kata Nabi lagi.
" Barang siapa yg menipu ( dlm berdagang ) maka dia bukanlah dr golongan kami."
Demikian Nabi memberikan petunjuk kpd pedagang itu.

   Nabi terus membimbing mereka berdagang secara Islam agar jauh dr tipu daya dan diperingatkan selalu supaya jgn sampai menimbun brg2 bg menyembunyikan krn itu menyengsarakan org ramai.

   Di samping itu baginda menggembirakan para pedagang yg memenuhi tuntutan berdagang tanpa menipu dan menyebabkan kesusahan org ramai.

   " Saudagar yg benar akn mendapat naungan Allah di Hari Kiamat kelak," berkata Nabi s.a.w.

   Begitulah ajaran Islam yg dicontohkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Di masjid diberikan didikan tatatertib untuk setiap individu, manakala di pasar pun demikian juga. Di antara masjid dan pasar sama2 diperlukan dlm kehidupan manusia yg mana saling isi-mengisi bg kepentingan jasmani dan rohani manusia.

Sunday, 14 July 2013

..Ramadhan Al-Mubarak..

Salam ramadhan,.
Apa khabar semua ?
Masih bertenaga di ramadhan yg kelima ini ? Hehe

Bulan ramadhan ni merupakan bulan yg sgt baik,. Kita berpuasa di bulan ramadhan bukan semata-mata untuk menahan lapar dan dahaga,malah untuk menahan nafsu kita dan mulut serta telinga daripada bercakap dan mendengar perkara sia-sia,. Kita juga haruslah melakukan perkara2 sunat yg lain supaya puasa kita tidak menjadi lagha,. Bulan ramadhan juga dikatakan bulan kebajikan,alangkah beruntungnya kita kerana masih dapat bertemu bulan ramadhan,. Oleh itu,kita hendaklah beribadah dalam bulan ramadhan ini seperti ramadhan terakhir kita,.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA^^
XOXO

Saturday, 6 July 2013

..Penawar Sakit..

Assalamualaikum,.
Selamat menyambut Ramadhan yang bakal tiba,. Semoga Ramadhan kali ni dapat kita manfaatkan dengan baik,. Di dalam bulan Ramadhan ni kita haruslah menjaga kesihatan agar sentiasa bertenaga untuk meneruskan puasa,.

Bercakap tentang penawar ni mesti orang hanya terfikirkan ubat-ubatan sahaja kan,. Sebenarnya Al-Quran juga boleh dijadikan penawar,. Jadi, jika badan kita terasa lemah, ringan-ringankan lah mulut untuk membaca Al-Quran,. Hal ini demikian kerana, Al-Quran juga boleh membantu proses penyembuhan dari segi rohani,.

SEMOGA INPUT BERGUNA
SALAH SILAP HARAP DIPERBETULKAN
XOXO^^

Saturday, 29 June 2013

..Berakhirnya Tahun Pertama Sebagai Pelajar Ijazah..

Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana saya dapat menamatkan tahun pertama dengan baik,cewah,ayat macam dah grad je,hehe,. Walaupun sem 2 ni agak mencabar,namun saya kuatkan diri untuk meneruskan cabaran dengan bantuan dan dorongan ibu bapa yang sentiasa nemberi semangat di kala saya dihantui kekalutan dengan urusan2 yang macam2,. Sebenarnya banyak kena bebel je,hehe,tapi itulah yang saya perlukan dalam hidup ni,. Dengan adanya kawan2 di fakulti dan kolej2,saya sangat enjoy menikmati hidup di universiti,. Bermacam-macam pengalaman sebagai pelajar tahun pertama,suka duka semua ada,. Semua itu mengajar saya untuk menjadi lebih matang dan lebih berdikari,. Paper terakhir saya pada 20 Jun,. Memang hari last tu fokus dah lari,fikiran sudah ke rumah,nak bercuti,nak enjoy semua ada dalam kepala ni,. Tapi alhamdulillah paper terakhir tu boleh buat dengan baik walaupun agak berebut dengan waktu yang ada untuk menjawab,haha,. Apa2 pun,saya sangat seronok dan bangga menjadi mahasiswi UM,.




LUASKAN KUASAMU^^
UNIVERSITI MALAYA
XOXO








Saturday, 15 June 2013

..Throwback..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua^^
Hari ni nak cerita pasal study week,.Sepanjang study week tu memang bosan la kalau duduk dalam bilik pandang buku je,.jadi,saya dengan kawan pun plan la nak pergi panjat bukit botak (bukit dekat fakulti API),.disebabkan kawan saya tu tak pernah lagi sampai ke puncak bukit botak tu,dia pun semangat la sangat ajak saya panjat bukit tu,.siap ajak saya pakai baju sama pulak tu (baju PEMARAK),.comel betul,haha,.kami pun keluar la awal pagi tu untuk melihat matahari terbit di puncak bukit tu,.dah sampai atas tu,matahari dah pun terbit -.-' kami lambat sangat panjat bukit tu,dah pancit,tinggi sangat,haha,.nampak sangat tak de stamina,teruk betul,.tapi tak pe,yang penting kami dapat pengalaman sampai ke puncak,terutamanya kawan saya yang semangat sangat tu,.pengalaman yang cukup bermakna untuk study week^^

my twin^^


pemandangan dari puncak bukit^^


#NO PAIN NO GAIN#

XOXO

Saturday, 8 June 2013

..Menyambut Kepulangan Ibu Bapaku^^..

Menyambut kepulangan ibu bapaku ?
Kepulangan ?
Pulang dari mana ?
haha,ni sebenarnye sambungan dari entry yang lepas, entry kegembiraan ibu bapaku,. Pada hari rabu yang lepas, saya bersama adik beradik dan makcik pergi ke lapangan terbang KLIA untuk menyambut ibu bapa kami pulang dari tanah suci Mekah,. Waktu tu memang sangat teruja sebab dah berenggang selama hampir 2 minggu dengan ibu bapa saya, tak sabar sangat nak jumpa mereka,. Saya pun punya la tunggu dan tunggu dengan persaan teruja ni, tapi rupa2nya ibu bapa saya tak lalu dekat tempat yang saya tunggu tu, mereka menggunakan laluan yang lagi satu,. Tapi nasib baik mood saya tengah teruja waktu tu, kalau tak mesti dah rase down je,. Kesian betul,. Bila nampak je mak dan abah dah sampai, saya terus capai tangan mereka untuk bersalam^^,. Rindu sangat,. Alhamdulillah abah berada dalam keadaan sihat tapi mak pulak yang sakit tekak, suara rock gitu,. Katanye cuaca sangat panas kat sana,. Selepas dah chill sekejap dekat situ, kami pun menghantar mereka untuk menaiki bas rombongan balik ke rumah,. Alahai, dapat jumpa sekejap je,. Tak sempat nak bercerita panjang2 pun,. Tapi tak pe, lepas habis exam nanti saya nak terus balik rumah,hehehe,. Nak duduk kat rumah dengan mak abah puas2^^

Untuk peperiksaan yang bakal berlangsung minggu depan ni, saya nak ucapkan semoga berjaya, jangan tidur lambat dan jangan lupa baca bismillah sebelum masuk dewan peperiksaan^^

Friday, 7 June 2013

..Perkongsian 5..

Drpd Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya: Rasulullah saw telah bersabda "sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" (Attarmidzi)

Monday, 3 June 2013

..Kegembiraan Ibu Bapaku..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.

Kegembiraan ibu bapaku adalah kegembiraan ku juga,.

Pada minggu lepas,saya bersama adik beradik menghantar kedua ibu bapa kami ke lapangan terbang untuk ke Mekah menunaikan ibadah umrah buat kali pertamanya,. Akhirnya impian kedua ibu bapa kami selama ini untuk ke Mekah menunaikan umrah telah tercapai,. Terpampang keterujaan dan kegembiraan mereka di wajah,. Tiada benda lain lagi yang menggembirakan saya selain melihat ibu bapa saya gembira,. Walaupun agak sedih untuk berpisah sejauh itu tetapi ku tabahkan jua hati ini kerana melihat mereka terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah juga adalah impianku,.

Tidak sabar rasanya untuk menyambut kepulangan mereka,. Pasti ada banyak cerita yang ingin mereka sampaikan^^

Monday, 13 May 2013

..Perkongsian 4..

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )

Saturday, 11 May 2013

..Wrap Up Session Bersama Abg Mirul..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua readers,.
Hari ni hari yang sangat produktif sebab saya dan kawan saya (Nurul Syahirah) datang awal ke wrap up session,.pukul 8 da tercongok kat depan DKB,.matahari belum naik,.kaunter pendaftaran pun tak bukak lagi,.semangat betul kitorang datang,.memang hari yang produktif sangat,.
Sesi kali ni memang tak sama dengan sesi yang sebelum-sebelumnya,.Abg Mirul pun tak banyak cakap sebab nak bagi kitorang semua bercakap,.Bila saya dengar je yang Abg Mirul nak kitorang semua bercakap,dahi saya ni dah berkerut dah,.ni memang masalah saya yang paling besar,saya tak suka bercerita depan orang ramai,memang tak minat,.saya memang bangga dengan kawan yang duduk sebelah saya (Hani) sebab dia la orang pertama yang volunteer nak bercerita,.semangat betul dia,.semangat tu la yang saya kena ikut,tapi berpuluh-puluh kali (tak de la puluh-puluh pun,over je,.) dia suruh saya pergi depan pun saya asyik tak nak je,.lepas tu kawan yang lagi sorang duduk kat sebelah pulak ajak (Azi),.mula-mula tu memang tak nak,tapi lama-lama dia pujuk dan pujuk akhirnya saya sahut cabaran jugak,.kali ni memang nekad nak ke depan sebab saya mesti cabar diri untuk berubah jadi berani sikit,.walaupun tangan ni dah sejuk semacam, tarik nafas dalam-dalam masa duduk kat depan tu, bila sampai giliran saya, saya langsung tak menggigil tapi berdebar je la sebab saya takut apa yang saya nak ceritakan tu nanti tak menarik,.maklumlah, saya ni bukannye pandai bercerita sangat,.membosankan sikit,.tapi alhamdulillah, cerita saya tak de lah bosan sangat, menarik la jugak sebab saya dapat respon yang memberangsangkan terutamanya bab bad joker tu,haha,.terima kasih la kepada roommate saya sebab kata saya ni bad joker ek,saya cuba improve,hee,.
Bila dah selesai bercerita tu rasa lega sangat sebab boleh bagi mikrofon kat orang lain,tak nak pegang dah,.
Dari apa yang berlaku hari ni,saya sedar kalau saya tak pergi depan awal-awal mesti saya akan rasa lagi berdebar dan rasa macam ada benda yang tak selesai lagi,.sama la macam assignment,kalau kerja tu tak siap mesti kepala akan rasa serabut sangat,.
Sesi kali ni memang seronok sangat, dapat dengar banyak cerita dan tengok berbagai personaliti kawan-kawan,.harap sangat dapat berjumpa dengan kawan-kawan semua lagi,.^^



saya yang suka mendesak kawan saya ni datang awal,hee^^



Abg Mirul : idola yang sangat berdedikasi




HOW YOU DO ANYTHING IS HOW YOU DO EVERYTHING
DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN
BREAK THE WALL AND BE BRAVE

XOXO

Friday, 19 April 2013

P.E.S.K.O




Antara aktiviti yang akan diadakan:

  • Malam kebudayaan
  • Perkhidmatan pendidikan dan kaunseling untuk belia
  • Pameran

Tarikh   : 30 Mei 2013 (Khamis)
Tempat : Dewan Tunku Canselor UM (DTC)
Masa    : 9:00am - 4:00pm (pameran)
              7:30pm - 9:00pm (persembahan)

Sunday, 14 April 2013

..Perkongsian 3..

Yahya bin Bakir telah menyampaikan kepada kami katanya: Ilias telah mnyampaikan kepada kami dpd Akil dpd Ibn Shihab dpd Arwah bin Zaid drpd Aishah UM katanya: Pertama kali diturunkan wahyu kpd Rasulullah  dengan mimpi yg benar didlm tidurnya. Ia tidak bermimpi melainkan datang kpdnya spt cahaya subuh. Berikutan dengan itu ia suka membersihkan jiwa dan hati dan ia berasing diri di gua Hira'. maka disitu ia beribadat dgn agama hanifah, ia beribadat beberapa hari dan malam sebelum ia pulang kpd ahlinya. Kemudian ia disediakan makanan untuknya, kemudian kembali lagi kepada Khadijah,lalu disediakan pula makanan seumpamanya hingga datang kpdnya wahyu sedangkan ia dalam gua Hira'. (AlBukhori:sohih)

Friday, 5 April 2013

..Segelas Air Suam, Secawan Teh Pengaruh..

Dari mana datangnya gula dan susu yang memekatkan lagi adunan teh pengaruh ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pengaruh datang dari pelbagai sumber, apabila ia diadun seimbang semua sumber-sumber itu, maka semakin kuat dan matanglah kuasa pengaruh itu. Ia tidak berdiri sendiri tanpa unsur-unsur lain yang datang melengkapi. Pengaruh yang kosong isinya, rasanya samalah seperti air suam. Pengaruh yang matang dan mantap isinya, samalah seperti secawan teh lengkap dengan segala isinya.

Adalah lebih baik cuba memahami seseorang daripada mengutuk mereka. Cuba bayangkan mengapa mereka bertindak begitu. Perbuatan itu lebih bermanfaat dan menarik minat daripada mengkritik; serta menimbulkan simpati, tolak ansur dan kebaikan hati.
-Dale Carnegie-

# 30 Strategi Membina Pengaruh #

Monday, 25 March 2013

..Perkongsian 2..

Harith bin Hashim telah menanya Rasulullah saw, katanya: Hai Rasulullah, bagaimana datangnya wahyu kepada engkau? Maka Rasulullah menjawab: kadangkala datang kpdku seperti bunyi loceng, dan itulah yang sangat memeranjatkan aku, kemudian  menjauhi ia dpd ku, hingga aku benar-benar sedar dan faham sesuatu yg disampaikan, dan kadangkala datang kepadaku seorg malaikat berupa lelaki lalu menyampaikan kepadaku, maka aku telitikan sesuatu yg disampaikan. Berkata Aisyah r.a.: demi Allah, sesungguhnya aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu pada hari yg bersangatan sejuk setelah ia lenyap dpd nya, maka mukanya berpancaran peluh. (AlBukhori:sohih)

Sunday, 24 March 2013

..Impian..

Kita haruslah memburu impian. Sekiranya kita tidak memburu impian, maka itu maknanya kita sudah ditakdirkan akan gagal,.
Kita perlu tetapkan dalam fikiran setiap kali bangun tidur "impian saya perlu direalisasikan",.
Kita perlu hidup demi impian itu dan mewarnainya dengan pelbagai warna setiap hari,.

Friday, 8 March 2013

..Perkongsian 1..

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)

Tuesday, 5 March 2013

..My Very First Post^^..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua readers,.
ini post saya yang pertama untuk blog baru ni,.
harap2 post yang akan datang dapat memberi manfaat kepada kawan2 semua,.
selamat meluangkan masa^^
XOXO